Wajah Sebenar Ibu OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai


Nilai: Seorang wanita yang dikenali sebagai Imashima Lola di Facebook, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini.

"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

IBU remaja OKU disoal siasat anggota Imigresen ketika operasi memburu PATI. FOTO MOHD Khidir Zakaria

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu

0 Response to "Wajah Sebenar Ibu OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai"

Post a Comment