Ketiadaan Rozana Misbun sewaktu perbicaraan di mahkamah telah menyebabkan proses Sulh di antara vokalis kumpulan Wings, Aie bersama isterinya itu gagal selepas rundingan yang sepatutnya menemukan kedua pihak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak menjadi, tengahari tadi.
Menerusi laporan mStar Online, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar kegagalan isterinya itu hadir ke mahkamah dan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi pesanan faksimili kepada peguamnya, Mohd Hafizal Parcho pada Selasa lalu.
Awie berkata dia tidak dapat memberi komen apa-apa kerana Rozana tidak hadir dan tiada sebarang perbincangan berlaku dalam pejabat Sulh tadi. Awie juga tidak pasti punca ketidakhadiran isterinya itu secara berseloroh berkata kemungkinan Rozana `datang bulan`.
Proses sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian, yang melibatkan satu atau lebih tuntutan dengan dikendalikan oleh pegawai sulh.
Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.
Dalam pada itu, peguam Awie, Mohd Hafizal memberitahu, rundingan tersebut sepatutnya diadakan bagi membincangkan mengenai soal hak penjagaan anak secara kekal (hadanah) terhadap tiga anak mereka.
Jelas Mohd Hafizal, ekoran kegagalan Rozana hadir pada rundingan tersebut, pihak mahkamah menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes berkenaan untuk dibicarakan.
Selain Awie selaku plaintif dan Mohd Hafizal, proses Sulh yang berlangsung selama 10 minit itu turut dihadiri oleh Pegawai Sulh, Surayah Ramli.
Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Mahkamah turut membenarkan permohonan injunksi oleh Awie untuk menghalang Rozana, 36, daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.murai.com.

0 Response to "Punca Sebenar Rozana Tidak Hadir, Proses Sulh Awie & Isteri Gagal"
Post a Comment