Penjelasan Terkini Kehadiran Tentera US Di Terengganu
Dianggarkan kira-kira 300 orang anggota tenteraAmerika telah tiba di Terengganu bagi menjalani latihan ketenteraan bersama dengan pihak Angkatan tentera Malaysia.
Mereka tiba dengan menaiki sebuah pesawat Boieng777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada malam semalam(Khamis.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak SEL Perhubungan Raya Tentera Darat hari ini telah memaklumkan mengenai kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014.
Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
“Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” dipetik dari kenyataan tersebut.
Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain daripada itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.
Diharap dengan adanya penjelasan melalui sidang akhbar ini dapat memberi gambaran sebenar dan menghindar dari sebarang spekulasi sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media sosial dan kegusaran khususnya dari rakyat Terengganu dan Kelantan amnya dek kerana terlihat pesawat Boieng777 yang dilengkapi dengan peralatan perang dari Amerika Syarikat.
Berikut adalah keratan sidang akhbar tersebut:
0 Response to "Penjelasan Terkini Kehadiran Tentera US Di Terengganu"
Post a Comment