Tips Penjagaan Laptop Dengan Cara Yang Betul


Pasti ramai yang mengalami laptop mudah rosak dan tak sampai setahun dah tukar dengan laptop baru. Dan ada juga yang mengalami masalah sudah di repair tetapi masih lagi mengalami kerosakan yang sama malah lebih teruk dari sebelumnya.

Disini kami ingin berkongsi cara penjagaan laptop dengan betul serta mampu untuk memanjangkan usia laptop anda supaya tahan lama dan puas hati ketika menggunakannya Wang juga mampu dijimatkan dari repair laptop yang berpanjangan sehingga membuatkan anda membeli laptop baru untuk kepuasan penggunaan anda.

Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan. Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard

Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh

Lagi 93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop

Apa Itu Servis Laptop?
Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan

Mengapa Ia Perlu Dilakukan?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C

Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.

Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.

Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)

Apakah Thermal Paste?
Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.

Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.

Di Mana Boleh Servis Laptop?
Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.

Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.

Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.

Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?
Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.

Kesimpulan
Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
Haba adalah musuh utama laptop.
Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.

0 Response to "Tips Penjagaan Laptop Dengan Cara Yang Betul"

Post a Comment