Dari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras.
Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 01.06.2014. Kurang dari sebulan dah tarikh luputnya. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei dan telah mendapat 18 ribu SHARE dari Facebook Nazlinda Mashtuki.
Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5 susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk.
Namun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.
Susu kotak itu telah dibuka sehari selepas dia membelinya dan telah disimpan di dalam peti sejuk yang bertutup rapat.
Namun, setelah 4-5 hari, kotak susu berkenaan telah mengandungi bendasing yang meloyakan.
Maklumat terkini dari Nazlinda, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan Jabatan Kesihatan selangor membuat siasatan.

0 Response to "7 Gambar PELIK Bendasing Dalam Susu Coklat Dutch Lady"
Post a Comment