Terdapat beberapa kaedah yang digunakan pada lampu isyarat untuk mengoptimumkan pemprosesan lau lintas di persimpangan. Contohnya, ada yang menggunakan laser atau tiub getah yang diisi dengan udara untuk mengesan tekanan. Bagaimanapun, kaedah yang paling biasa digunakan ialah kaedah "gelung induktif" (inductive loop).
|
Gelung induktif di atas jalan raya. |
Mungkin sebahagian besar pengguna jalan raya perasan akan kewujudan potongan alur di atas jalan raya, sebelum garisan berhenti di lampu isyarat. Tanggapan yang salah tentang "torehan" tersebut adalah terdapat sesuatu (penimbang) di dalamnya untuk mengesan berat sesebuah kenderaan yang berhenti di atasnya.
Sebenarnya, apa yang tertanam di dalam alur ini adalah apa yang dikenali sebagai gelung induktif. Ia berfungsi untuk mengesan perubahan "kearuhan" (inductance) atau medan magnet. Ia menggunakan wayar yang dibalut mengelilingi logam (teras) dan apabila wayar tersebut disambungkan ke bekalan kuasa, ia akan menghasilkan medan magnet. Sensor yang dikenali sebagai meter kearuhan (inductance meter) akan sentiasa memeriksa kearuhan pada gegelung, juga dikenali sebagai induktor. Apa itu induktor?
|
Litar ringkas yang terdiri daripada bateri, mentol, suis dan gegelung wayar (induktor). |
Berdasarkan litar di atas, tanpa induktor dan suis ditutup (ON), mentol masih mampu menyala seperti biasa. Jika induktor dimasukkan ke dalam litar, mentol akan bertindak sebagai perintang. Arus yang melalui gegelung mempunyai rintangan yang lebih rendah dan nyalaan mentol akan menjadi malap, tidak cerah sepenuhnya kerana kebanyakan arus akan melalui laluan yang kurang rintangan. Namun, sebaliknya berlaku apabila suis ditutup (ON), mentol masih menyala dengan terang dan kemudiannya baru menjadi malap. Apabila suis dibuka (OFF) pula, mentol menyala dengan terang sebelum terpadam tidak lama selepas itu.
Hal ini kerana wujudnya induktor. Apabila arus mula melalui gegelung, gegelung bertindak membina medan magnet. Sementara medan dibina, gegelung akan menyekat pengaliran arus. Setelah medan terbina, barulah arus akan mengalir secara normal melaluinya. Apabila suis dibuka (OFF), medan magnet disekeliling gegelung memastikan arus terus mengalir melalui gegelung sehingga medah yang terbina "tamat tempoh". Arus yang mengalir ini memastikan mentol terus menyala untuk seketika walaupun suis telah dibuka (OFF).
|
Grafik bagaimana gelung induktif berfungsi. |
Apabila sebuah kenderaan yang terdiri daripada banyak jenis logam masuk ke medan magnet induktor, kearuhan akan meningkat. Kenderaan yang berhenti di atas gelung yang ditanam bertindak umpama teras kepada induktor dan sistem dimaklumkan terdapat kenderaan sedang berhenti di atasnya. Daripada sini, pihak berkaitan (majlis perbandaran) akan menggunakan algoritma tersendiri bagaimana maklumat ini akan digunakan pada lampu isyarat, di samping berapa lama masa untuk lampu kekal merah atau hijau.
0 Response to "Kenapa Ada Torehan Di Atas Jalan Raya Di Lampu Isyarat?"
Post a Comment