Pernahkah anda melihat video yang menunjukkan awan sedang bergerak laju? Ataupun perjalanan menaiki kenderaan yang bergerak terlalu laju? Itu sebenarnya merupakan teknik time lapse ataupun dalam bahasa mudahnya sela masa.
Pada asasnya, teknik ini menggabungkan beberapa keping gambar dan disatukan menjadi video. Dalam format video PAL, kelajuan frame sesaat ialah 25fps (frame per second). Ini bermaksud untuk menghasilkan sesaat video time lapse, anda perlu mengambil 25 keping gambar. Kalau anda ingin membuat video sepanjang seminit? Lagi banyak la gambar yang perlu ditangkap.
Secara kebiasaannya, teknik ini dihasilkan menggunakan DSLR. Namun begitu, saya akan berkongsi dengan anda cara membuat video time lapse hanya menggunakan telefon anda.
1- Pergi ke Appstore dan download Daylapse.
2- Setelah anda buka aplikasi Daylapse, tap pada setting (lambang gear)
3- Pada duration of your final video in minutes, anda boleh tetapkan video anda sepanjang mana yang anda mahu. Sebagai contoh seperti di dalam gambar, saya membuat video berdurasi 20 saat.
4- Pada delay between each photo in seconds, anda perlu tentukan berapa keping gambar akan diambil dalam masa sesaat. Untuk mengambil gambar perjalanan menaiki kenderaan, 0.25fps adalah sesuai supaya ianya tidak nampak terlalu laju. Untuk mengambil gambar awan bergerak, 1fps adalah terbaik sekiranya awan sedang bergerak laju.
5- Dalam ruangan photos to take akan memberitahu anda berapa keping gambar yang akan diambil. Time needed pula akan tercatat masa yang akan diambil untuk menangkap kesemua gambar yang diperlukan bagi menghasilkan video tersebut.
Setelah selesai membuat setting, anda kini hanya perlu letakkan telefon anda di tempat yang stabil dan boleh mulakan rakaman dengan tap record.
Setelah selesai membuat setting, anda kini hanya perlu letakkan telefon anda di tempat yang stabil dan boleh mulakan rakaman dengan tap record.
0 Response to "Cara Melajukan Pergerakan (Teknik Time Lapse)"
Post a Comment