Perkongsian yang tidak cerdik Di Facebook. Adalah amat menyedihkan apabila laman sosial Facebook kadangkala digunakan oleh sesetengah pengguna terutama remaja untuk mengepos perkara yang boleh memualkan tekak orang lain.
Golongan paling biasa melakukan perkara ini adalah adik-adik yang tengah bercinta macam nak rak tapi bermasalah dengan pasangan mereka.
Maka menggunakan Facebook mereka cuba mengemis perhatian pakwe / makwe masing-masing termasuk dengan memuat naik gambar baru lepas kelar lengan, video tengah menangis kerinduan dan macam-macam lagi.
Di bawah ini satu lagi posting Facebook yang diharapkan dapat jadi pengajaran.
Menangis sampai bengkak-bengkak mata siap bertampal koyok macam dah kematian suami padahal sebab pakwe tak call je kot? Dah tu siap pesan pada sesiapa suruh bagi tahu pakwe yang dia tengah cari. Aduh, nampak desperate sangat ni.
Kepada adik-adik jiwang di luar sana, janganlah sampai jadi macam ini hendaknya kerana ia sebenarnya merendahkan harga diri kita.
0 Response to "Gadis Buat Perkongsi Yang Tidak Cerdik Di Facebook"
Post a Comment