PANAS! Benarkah Ini PUNCA Awie Pukul Isterinya, Rozana Misbun?
Kontroversi penyanyi rock terkenal, Awie memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, menggemparkan dunia hiburan tempatan sejak dua minggu lalu. Hari ini sahaja beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, Selangor atas pertuduhan itu yang dibacakan oleh Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
Bagaimanapun, Awie mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Ayuni Izzaty Sulaiman dan beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua penjamin. Tarikh sebutan kes pula telah ditetapkan pada 11 Ogos ini.
Sementara itu, seorang pemilik akaun facebook yang dirahsiakan identitinya telah memuatnaik status khabar angin berbentuk pendedahan kepada punca sebenar aktor berusia 46 tahun itu bertindak memukul isterinya.
Apapun, kesahihan kenyataan tersebut tidak dipastikan setakat ini meskipun telah dimuatnaik dalam bentuk komen oleh peminat di page facebook Astro Awani.
0 Response to "PANAS! Benarkah Ini PUNCA Awie Pukul Isterinya, Rozana Misbun?"
Post a Comment