Godaan Video Wanita Tanggal Seluar Dalam
“Video wanita tanggal seluar dalam dimainkan selama beberapa saat dan ianya telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’ Berhati-hati apabila anda menerima video menunjukkan seorang wanita yang menanggalkan seluar dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan video palsu, yang akan membolehkan penggodam memasuki komputer.
Video palsu itu akan menggalakkan penerima untuk menekan butang bagi melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia boleh menyebabkan penggodam mencuri data peribadi pengguna.
Penggodam itu dilaporkan bermula di Albania. Jurucakap firma keselamatan dalam talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, pelbagai cara digunakan oleh penggodam untuk mencuri data pengguna.
“Salah satunya adalah dengan menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka berminat dengan video wanita menanggalkan pakaian.
0 Response to "Godaan Video Wanita Tanggal Seluar Dalam"
Post a Comment