Hamas meningkatkan perang psikologinya terhadap Israel apabila memuat naik lagu semboyan perjuangannya dalam bahasa Hebrew.
Lagu asal bahasa Arab itu sudah lama jadi lagu tema pergerakan sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam.
Liriknya antara lain berbunyi: “Hancurkan semua Zionis ... bakar tentera dan pangkalan mereka.”
Israel membantai Gaza sejak Selasa lepas dan Hamas melancarkan roket sebagai serang balas. Serangan Hamas itu dilaporkan sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau oleh roketnya.
Lagu briged bersenjata Hamas itu juga memperolok-olok ketakutan orang Yahudi terhadap serangan roketnya.
Tentera udara Israel pada Jumaat menembak jatuh tiga roket Hamas dekat Tel Aviv. Hamas dilaporkan mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di pinggir bandar raya itu.
Lapangan terbang itu ditutup semasa serangan tersebut tetapi kemudian dibuka semula.
Briged Al-Qassam turut mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan untuk tidak menggunakan lapangan terbang itu.
0 Response to "Lagu Semboyan Perang Hamas [Video]"
Post a Comment